Bopel.News – Cara Gemukkan Badan Secara Mudah Dan Sihat
Tahukah anda, berat badan yang terlalu rendah tidak baik untuk kesihatan? Selalunya, golongan ini akan mengalami pelbagai masalah, antaranya ialah sistem imun yang rendah, tulang rapuh dan sering rasa penat. Ada banyak cara gemukkan badan secara sihat yang mungkin dapat membantu.
Apakah cara menambah berat badan? Apakah cara menaikkan berat badan dalam masa seminggu?
Mengapa anda underweight?
Apakah cara menambah berat badan? Apakah cara menaikkan berat badan dalam masa seminggu?
Sebelum mengetahui cara gemukkan badan, anda perlulah tahu apakah punca anda underweight.
Ada beberapa sebab seseorang itu mempunyai berat yang rendah. Antaranya
Penyakit tiroid. Hipertiroidisme yang disebabkan oleh tiroid yang aktif boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.
Gangguan pemakanan. Penyakit seperti anoreksia boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ekstrem.
Diabetes: Kencing manis yang tidak terkawal.
Jangkitan: Pernah mengalami jangkitan, cirit-birit atau tuberkulosis. Semua ini boleh menyebabkan penurunan berat badan.
Stres: Pada zaman sekarang, ramai yang alami tekanan perasaan disebabkan kerja atau masalah peribadi. Semua ini boleh menyebabkan penurunan berat badan yang tidak sihat, lebih-lebih lagi jika ia berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang.
Cara gemukkan badan sekiranya anda underweight
Salah satu cara untuk menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang rendah atau tidak adalah dengan menggunakan BMI.
Kalkulator BMI akan mengambil kira berat, tinggi, umur dan jantina untuk mengira markah. Jika BMI anda di bawah 18.5, anda mempunyai berat badan yang rendah (underweight).
Antara cara gemukkan badan yang boleh anda cuba:
Makan dengan lebih kerap. Sekiranya anda underweight, cuba makan lebih daripada 3 kali sehari. Ambil 5-6 hidangan kecil sepanjang hari. Anda perlukan lebihan kalori untuk menaikkan berat badan.
Pilih makanan dengan nutrisi. Setkan rutin pemakanan harian. Pastikan semua makanan tersebut penuh dengan nutrisi dan kalori. Jangan lupa makan buah dan sayur-sayuran.
Makan lebih banyak snek. Tambahkan hirisan keju atau kekacang dalam pelan pemakanan anda. Anda juga boleh tambahkan susu.
Ambil smoothies dan shakes. Smoothies buah-buahan dapat memberikan kalori tambahan. Namun, elakkan pengambilan minuman manis seperti air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi sebarang nutrisi untuk badan.
Periksa apa yang anda makan dan minum. Minuman boleh membuatkan anda rasa kenyang, tetapi untuk masa yang singkat. Jadi, elakkan mengambil sebarang minuman sebelum makan.
Lakukan senaman. Siapa cakap orang yang ingin gemuk tidak perlu bersenam? Lakukan latihan kekuatan seperti angkat berat untuk menambah otot. Lagipun, otot mempunyai berat yang lebih tinggi berbanding lemak.
Terdapat kajian mengatakan pengambilan kopi harian dapat melindungi hati dari penyakit, seperti kanser hati walaupun kepada individu yang mempunyai masalah dengan organ ini.
Kopi juga dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras glutathione antioksidan. Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas berbahaya yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel.
3. Teh hijau
dikatakan dalam membantu mengurangkan kandungan lemak keseluruhan, melawan tekanan oksidatif, dan mengurangkan tanda-tanda lain penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dipanggil katekin, dan ia berkemungkinan dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser termasuk kanser hati
Secara Mudah Dan Sihat