Bopel.News – Risau Susu Badan Tak Cukup
Memberi bayi anda dengan susu badan merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Namun tidak dinafikan, bukan semua individu dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Jadi apakah cara banyakkan susu badan?
Terdapat sesetengah individu, yang tidak perlu untuk melakukan apa-apa untuk memperbanyakkan kuantiti susu dan memperolehi susu dalam jumlah yang melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup usia 2 tahun.
Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk memperolehi susu badan. Ia sama ada susu yang keluar hanya dalam jumlah yang sedikit atau mungkin tidak ada susu yang keluar langsung. Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada individu yang bergelar ibu, bukan
1. Kerap menyusu
Antara cara banyakkan susu badan yang kerap didengar adalah dengan memastikan anda menyusukan bayi dengan lebih kerap. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kali sehari (iaitu dalam tempoh 24 jam).
Ini kerana petua banyakkan susu badan dan pekat ini dipercayai dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu.
2. Cara banyakkan susu badan dengan bertenang
Tekanan yang anda alami apabila berdepan kesukaran untuk menyusukan bayi boleh dianggap sebagai punca penghasilan susu terganggu dan berkurangan. Sebaiknya, apabila hendak menyusukan bayi atau sedang menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang bertenang dan sentiasa berfikiran positif
3. Posisi dan kedudukan
Memastikan anda berada dalam posisi dan kedudukan yang betul sepanjang tempoh menyusukan bayi anda juga boleh dianggap sebagai cara banyakkan susu badan. Tentukan posisi anda dan bayi adalah dalam keadaan yang betul dan selesa.
Cara tradisional tambah susu badan dengan perbanyakan minum air
Ini merupakan petua dan cara banyakkan susu badan yang paling penting dan wajib untuk dilakukan. Anda perlu memperbanyakkan minum air, jika tidak sudah tentu susah untuk penghasilan susu yang banyak. Air kosong, okay? Bukan air manis atau air berkarbonat.
Supply dan demand
Anda perlu tahu apakah maksud supply dan demand dalam konteks penyusuan ini, iaitu semakin banyak susu yang dikeluarkan, bermakna semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi kesimpulan yang mudah, susukan bayi anda sekerap yang mungkin apabila dia mahukan susu.
Ada jadual ke?
Sebenarnya tidak wujud jadual untuk menyusukan bayi, cuma yang ada hanyalah jadual untuk mengepam susu. Jadi susukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingininya. Tidak usah mengikut jadual.
Badan Tak Cukup